ID
PW
Login  Register  Help
My album reviews/comments My collection My wish list
14120912519 - Maka Runtuhlah Syurga cover art
Band
Albumpreview 

Maka Runtuhlah Syurga

(2006)
TypeStudio Full-length
GenresExperimental Black Metal
LabelsIndependent
Album rating :  -
Votes :  0
Lyrics > etc. > 14120912519 Lyrics (4) >

Maka Runtuhlah Syurga Lyrics

(4)
Submitted by level Tinfeer
1. SurauNya Suram (2:29)
2. Rohku Meta Menjelang Senja (3:39)
Rawi ke barat mengalukan senja,
Disambuti umat dengan doa dan mesra,
Sudut hati, berjiwakan Tuhan,
Sudut mata, merah mencemar:

Oh senjaku, hantuilah angkasa nin,
Biarlah bangsa-bangsa Islam tercengang terhadap kedatanganmu.

Oh senjaku, titahlah angkak,
Biarlah andekamu membangunkan afrit yang terlalu lamanya terpendam dalam jiwaku!

“ Maka, akanku lumatkan selitar bangsa jahil nin! ”

Senjaku ahmar, umpama darah,
Comotkanlah kasa nin dengan segala hormat,
Teja muda nan jauh ku tenungi,
Manis-manis belaka, tiadalah yang taubat!

Oh senjaku, hantuilah angkasa nin,
Biarlah hembusan nafasmu mengisi kekosongan pada setiap dada.

Oh senjaku, titahlah angkak,
Biarlah suaramu menggegarkan dunia nin yang terlalu jahilnya!
Yang terlalu sesalnya!
3. Maka Runtuhlah Syurga (4:52)
Semarak!

Api melangkah langit,
Diterbangkan abu, bagai Syurga berhujan duri,
Kejam menikam tanah bumi,
Tidak mengenal erti kasih dan suci!

Hatta hitamlah langit, kian membisanya awan,
Rawi dipintasi, nur dicerca kegelapan,
Maka Setan mengilai lantas menapak di takhta Tuhan,
Maka segala butiran hayat di bawah genggaman-Nya.

Biarlah kegelapan mengasak mendapa,
Biarlah yang maha Allah dimaazul dari mahkota,
Biarlah jelata jentaka hilang dari sudut mata,
Biarlah apa jua, biarlah adatnya dilawan!

Asalkan iktikad tidak tertunas,
Arakian, maka runtuhlah Syurga…
4. Pesanan Iblis (4:05)
Junjung seribu junjung,
Jinjang ramai yang dikasihi ;
Kasih seribu kasih,
Afrit ramai ku kuasai ;
Andai seribu andaiannya,
Maka ku-sucikan perbuatan kalian nin ;

Sembahlah aku, kulah ahadiat, adikara !
Bantahlah segala-galanya yang bermuka Islamiah,
Bantahlah segala-galanya yang jahil demi Aku.
5. Sendu-sendu Bulan Purnamaku (14:39)
Asap memeluk akas urian,
Dikotorkanlah awan nirmala,
Syurga musnah tiadalah yang kincah,
Kiamat landa tiadalah yang doa.

Ke mananya kalian ambus,
Apakala diruntuhnya Syurga, kalian langkahlah seribu,
Hilanglah setia, maka rohnya hilanglah anjung,
Kuasa durjana pun warislah dunia nin.

Maka dengan lambaian-Nya:
Bangunlah neraka!

Dinginnya udara,
Gelapnya angkasa:
Sendu-sendu bulan purnamaku!

Api zalim membakar baki,
Angin zalim membeku sanubari,
Syamsu disisih, suasana sungguhnya tasid,
Namun, tiadanya agama,
Merupakan keamanan yang terabadi…

Dingin lagi udara,
Gelap lagi angkasa:
Sendu-sendu bulan purnamaku yang sentiasa sunyi…
Info / Statistics
Bands : 28,317
Albums : 101,933
Reviews : 6,577
Lyrics : 94,580
Top Rating
 Stratovarius
Intermission
 rating : 83.7  votes : 14
 Mercyful Fate
Melissa
 rating : 86.2  votes : 11
 Dream Theater
Six Degrees of Inner Turbulence
 rating : 90.9  votes : 49